BORANG PENDAFTARAN YURAN KELAS CATUR
♟️ PENDAFTARAN PELAJAR BARU KELAS CATUR — KAMUS CATUR ♟️
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada ibubapa/penjaga yang dihormati,
Terima kasih kerana berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Kelas Catur anjuran Kamus Catur. Kami komited untuk membimbing anak-anak tuan/puan menjadi pemain catur yang berdisiplin, berfikiran kritis dan berwawasan.
Borang ini disediakan bagi memudahkan urusan pendaftaran pelajar baru serta pembayaran yuran kelas catur.
LANGKAH 1: PILIHAN KELAS & YURAN PENDAFTARAN
Sila pilih kelas yang sesuai dan kuantiti mengikut bilangan pelajar yang ingin didaftarkan:
- Kelas Catur Online Peribadi (Advance) — RM400/bulan
- Kelas Catur Online Peribadi (Beginner/Intermediate) — RM200/bulan
- Kelas Catur Online Kumpulan — RM100/bulan
- Kelas Catur Fizikal (Kamus Catur Centre) — RM80/bulan
- Kelas Catur Sekolah (Online) — RM60/bulan
- Yuran Pendaftaran Pelajar Baru — RM50/seorang (sekali sahaja untuk setiap pelajar baru)
Jika mendaftar 2 pelajar, sila pilih kuantiti “2” untuk kelas pilihan dan “2” untuk yuran pendaftaran.
LANGKAH 2: BUTIRAN PELANGGAN (IBUBAPA / PENJAGA)
Sila lengkapkan maklumat berikut untuk kami hubungi dan rekodkan pendaftaran:
- Nama Penuh Ibubapa/Penjaga:
- Nombor Telefon (WhatsApp):
- Alamat Emel:
- Alamat Rumah: (Opsyenal)
LANGKAH 3: BUTIRAN PESERTA (PELAJAR)
Sila lengkapkan maklumat setiap pelajar yang didaftarkan:
- Nama Penuh Pelajar:
- No Kad Pengenalan / MyKid:
- Nama Sekolah:
- ID Catur (Lichess atau Chess.com, jika ada):
(Jika pelajar ada kedua-dua akaun, sila tulis dalam format: username lichess / username chess.com)
Jika mendaftar lebih daripada seorang pelajar, pastikan semua butiran peserta diisi dengan lengkap untuk setiap pelajar.
LANGKAH 4: PILIHAN PEMBAYARAN
✅Manual (Bank Transfer / QR Pay):
Sila buat pembayaran ke akaun yang dinyatakan selepas melengkapkan borang.
Muat naik resit pembayaran di ruangan yang disediakan.
✅ FPX (Online Banking Automatik):
Pilih kaedah FPX untuk bayaran segera secara online.
Nota: Bayaran bulanan perlu diselesaikan sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan untuk memastikan kelancaran kelas.
KENAPA PILIH KAMUS CATUR?
- Jurulatih bertauliah & berpengalaman
- Sesi pembelajaran santai, interaktif & fokus
- Latihan minda & peningkatan strategi berterusan
- Pilihan kelas mengikut tahap & keperluan pelajar