Selamat datang ke Sistem OnPay untuk KAMUS CATUR ENTERPRISE.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
Dokumen ini menggariskan Polisi, Peraturan, dan Etika yang terpakai kepada semua pelajar dan peserta di bawah Akademi Kamus Catur, termasuk pelajar Centre, Sekolah, dan Online.
1.1.1 Hormat-Menghormati: Semua pelajar diwajibkan mengamalkan budaya profesionalisme, termasuk bersalaman atau sapaan hormat sebelum dan selepas perlawanan.
1.1.2 Anti-Buli: Akademi mengamalkan toleransi sifar terhadap sebarang bentuk gangguan fizikal atau lisan (mengejek/merendahkan lawan).
1.1.3 Integriti (Fair Play): Penggunaan bantuan komputer (chess engines) atau pihak ketiga semasa latihan adalah dilarang keras dan diklasifikasikan sebagai pelanggaran berat yang boleh membawa kepada penyingkiran.
1.2.1 Hak Cipta: Segala modul pembelajaran, nota strategi, dan lembaran kerja (worksheet) adalah hak cipta terpelihara Akademi Kamus Catur.
1.2.2 Larangan Penyebaran: Dilarang membuat salinan, mengedar, atau berkongsi bahan pembelajaran kepada pihak luar tanpa kebenaran bertulis.
1.3.1 Status "KCHERS": Diberikan kepada pelajar Centre dan Online. Layak menerima diskaun kejohanan dan akses penuh ke komuniti eksklusif.
1.3.2 Status "ACTIVE": Diberikan kepada pelajar Program Sekolah. Diiktiraf sebagai pelajar aktif, namun akses komuniti adalah terhad (tiada akses ke Family Group).
2.1.1 Struktur Semester: Satu semester bersamaan tempoh 3 bulan.
2.1.2 Sesi: Terdiri daripada 9 Sesi Wajib (3 sesi/bulan) + 2 Sesi Bonus (tertakluk kepada syarat).
2.1.3 Durasi: Setiap sesi kelas berlangsung selama 1 Jam 30 Minit.
2.1.4 Polisi Yuran: Yuran mesti dijelaskan penuh sebelum semester bermula. Yuran adalah tetap, tiada Pro-Rate, dan Tiada Pemulangan Wang (No Refund) jika berhenti di pertengahan semester.
2.1.5 Ketidakhadiran Peribadi: Tiada kelas ganti (replacement) atau sesi yang boleh dibawa ke hadapan (carry forward) bagi ketidakhadiran atas urusan peribadi.
2.1.6 Keselamatan: Pelajar mesti dijemput selewat-lewatnya 15 minit selepas kelas tamat. Tiada pengawasan guru selepas tempoh tangguh.
2.1.7 Notis Berhenti: Wajib diserahkan secara bertulis 30 hari sebelum semester baharu bermula.
2.2.1 Pematuhan: Tertakluk sepenuhnya kepada peraturan disiplin dan etika pemakaian sekolah masing-masing.
2.2.2 Kekerapan: 3 sesi/bulan (1 Jam 30 Minit/sesi).
2.2.3 Pembayaran: Yuran dibayar terus kepada Kelab Catur Sekolah atau Guru Penasihat. Resit rasmi hanya dikeluarkan secara pukal kepada pihak sekolah.
2.2.4 Kelas Ganti Sekolah: Disediakan jika pembatalan adalah disebabkan oleh pihak Akademi (jurulatih sakit/teknikal) ATAU Acara Rasmi Sekolah.
2.2.5 Ketidakhadiran Peribadi: Tiada kelas ganti jika pelajar tidak hadir atas urusan peribadi.
2.3.1 Prasyarat Teknikal: * Kamera (Webcam): WAJIB dibuka sepanjang sesi untuk pemantauan fokus. * Mikrofon: Mesti berfungsi dengan jelas. * Platform: Wajib mempunyai akaun Lichess.org atau Chess.com yang aktif.
2.3.2 Gangguan Internet: Akademi tidak bertanggungjawab menyediakan masa tambahan atau kelas ganti sekiranya gangguan internet berpunca daripada pihak pelajar.
2.3.3 Bayaran Yuran: Yuran bulanan (4 sesi) mesti dijelaskan melalui sistem pembayaran rasmi sebelum 10 haribulan setiap bulan.
3.1.1 Katalog & Harga: Akademi akan mengeluarkan katalog rasmi (digital/fizikal) dan harga adalah tetap. 3.1.2 Kualiti Produk: Semua peralatan catur yang dijual adalah dijamin kualiti.
3.2.1 Pembayaran: Pembayaran penuh mesti dijelaskan sebelum penghantaran atau pengambilan produk.
3.2.2 Pemulangan (Return & Refund): Pemulangan hanya diterima jika produk rosak teruk atau tidak berfungsi, dengan notis diberikan dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan. Tiada pemulangan wang untuk sebab perubahan fikiran atau produk telah digunakan.
4.1.1 Pendaftaran: Semua peserta wajib mendaftar melalui borang rasmi dan menjelaskan yuran penuh sebelum tarikh tutup. 4.1.2 Penggunaan KC Voucher: KC Voucher boleh digunakan untuk diskaun yuran. Penggunaan lebih dari satu voucher dibenarkan, tetapi peserta perlu mendapatkan pengesahan admin untuk kod diskaun.
4.2.1 Yuran Tidak Boleh Dipulangkan: Yuran pendaftaran adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable) dalam apa jua keadaan.
4.2.2 Tunda (Carry Forward): Yuran hanya boleh ditunda sekali sahaja ke acara kejohanan berikutnya, jika pembatalan dibuat sebelum tarikh akhir pendaftaran.
4.2.3 Had Tunda: Sekiranya peserta gagal menyertai acara berikutnya selepas tunda, yuran tersebut akan dilucutkan.
4.3.1 Peraturan: Semua kejohanan menggunakan Peraturan Catur FIDE terkini.
4.3.2 Gajet Elektronik: Penggunaan sebarang peranti elektronik di kawasan permainan dilarang sama sekali dan boleh membawa kepada penyingkiran.
4.3.3 Keputusan Muktamad: Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengadil (Chief Arbiter) adalah muktamad.
4.4.1 Syarat: Pemenang yang menerima KC Voucher bertanggungjawab membaca syarat penggunaan di belakang voucher.
4.4.2 Kegunaan: KC Voucher boleh digunakan untuk diskaun yuran bulanan, pembelian peralatan, dan pendaftaran kejohanan Kamus Catur.
4.4.3 Tempoh Sah Laku: KC Voucher mesti ditebus (redeem) sebelum tarikh tamat tempoh.
5.1.1 Data Peribadi: Data peribadi (nama, nombor hubungan, dll.) dikumpul untuk tujuan pendaftaran, operasi, dan komunikasi rasmi sahaja.
5.1.2 Data Visual: Akademi berhak menggunakan gambar/video pelajar untuk promosi/dokumentasi, melainkan notis bertulis untuk tidak membenarkan telah diserahkan.
5.1.3 Pihak Ketiga: Akademi tidak akan menjual data peribadi kepada pihak ketiga komersial.
5.2.1 Kerahsiaan: Akademi akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan maklumat peribadi selamat dan dilindungi.
6.1.1 Kuasa Akademi: Akademi berhak untuk meminda, mengubah, atau membatalkan mana-mana Terma dan Syarat dalam dokumen ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
6.2.1 Penerimaan: Semua pengubahsuaian berkuat kuasa serta-merta selepas ianya diterbitkan dalam saluran komunikasi rasmi Akademi.
6.2.2 Tanggungjawab: Penerusan keahlian dan penyertaan dianggap sebagai penerimaan terhadap terma yang dipinda.